Wednesday 20 November 2013

Duri Dalam Daging

Bahagia
7 aksara rasa
Positif dan selesa
Buat bibir tersenyum sentiasa.

Bahagia
Jiwa mana yang tidak mendamba
Kehidupan mana yang tidak ingin teroka
Beri alam tenang dan aman sejahtera.

Cuma,  tentang bahagia
Hanya minoriti yang percaya
Hanya minoriti yang meratap hiba
Hanya minoriti yang berduka lara

Bila bahagia itu,
diam-diam menjadi duri dalam daging.


Tuesday 19 November 2013

Infiniti Cinta

Nampak sama,
tapi bukan dia..bukan dia...

Sebab
penginterpretasian tentang cinta,
berbeza.

Pemahaman tentang rasa juga tak sama

Yang sama cuma
nama.

Kita selalu mengagung-agungkan cinta ke tahap tak tercapai akal untuk merungkai unsur kerelatifan dan kerasionalan.

Kenapa tak kita cuma merasa cinta itu sentiasa ada?

Mengapa perlu dipertikai cinta itu perlu ada ukuran nyata?

Terima hakikat yang cinta hanya cinta
tidak bertanda aras demi meletak rasa.

Aku cuba untuk tak menfatwakan rasa yang berlagu di jiwa.

Tapi,
kita selalu mahu wujudkan satu keadaan selesa
sekadar meraikan entiti gelora di taman berbunga.

Infiniti cinta
tiada tanda dan tiada titah noktah.
selalu ada.
selalu.

seri fiese

Sunday 17 November 2013

Jiwa Karat

Di pertengahan hidup
Aku menapak hari dengan susah dan payah
Aku menapak waktu dengan perih dan jerih

Cuba membuang luka lama
Cuba memujuk hati yang lara
Cuba mempahamkan akal rasa

*stop*

Sudah-Cukup-Sudah.
Jiwa kau dah cukup sesat.
Sarat dengan sampah rasa yang berselirat.

Pergi jauh,
duhai jiwa karat.

Sunday 13 October 2013

Hujan Rahmat

Hujan

Tangisan langit buat muka bumi yang penuh cela.

Ar-rahman Ar-rahim
sifat-Nya.

Lalu,
diturunkan titis-titis rahmat.
Demi warga bumi ,
yang masih teringat akan dosa keringat
dan kadang

cukup pekat
dan
sesat.

Wednesday 9 October 2013

Peluang

Masalah itu peluang

Maka,
perlu apa resah dan gelisah?

Mari.
Bikin cara
Bukan buang masa.


Tuesday 8 October 2013

Duit VS Berak

Aku fikir,
Hidup tanpa duit,
Ibarat hidup tanpa berak.

Bagaimana rasa sakit gersang duit,
Mungkin macam tu kau rasa sengsara tahan berak.

Aku tak percaya
kalau ada orang yang tak pernah
tak tahan berak.

Sebab kalau tak tahan,
memang tak sempat kau sempurna ke jamban.

Oh,
dan kalau kau takde 30sen sekarang,
ke jamban pun kau tak mampu.

Duit sangatlah tahi.


Thursday 26 September 2013

Usaha + Malas

Usaha tak pernah mengkhianati hasil


Malas menggamit luluh lirih.

Friday 20 September 2013

Rapuh Si Hati

Kenangan itu
MAHA pahit sebenarnya.
Gulakan semanis mana pun.

Hati manusia rapuh amat

Kadang perlu dibuang ego
Demi sebidang bahu
buat sandaran
melepas rasa
meludah derita

Perlu.


-SELAMAT BERADU DUNIA#

Monday 16 September 2013

Aku Tak Lupa Kau.

Hai?
Dah lama aku tak singgah? Haha. Rilek.
Aku ada lagi ni. Ada. Tak pergi jauh pun. Pun tak lupa. Yang aku masih punya kau.  Cuma, masa itu bukan milik kita,
Dan petang ni, mungkin tersurat jodoh buat kita , ketemu lagi?

-Aku baru je mula layan Langit Vaniila oleh Wani Ardy. Baru je. Sambil telinga aku dibelanjakan dengan melodi-melodi kegemaran.

--Banyak nak cerita sebenarnya. Banyak. Masalahnya, aku keliru nak mula dari mana. Sebenarnya, TAK TAHU.

*senyum*

-Jangan merajuk hokey. Kau paham aku bukan? Membaca+menulis=hobi. Tapi kalau  membaca+menulis+MALAS= tak menjadi bukan?  Kan itu aku. Ya. Aku tahu untuk berubah. Aku tau perlu. Nanti-nanti. Maksud aku, pelan-pelan.

*peluk*

Jumpa lagi ya? Kepingin sambung ke dunia abstrak yang infiniti. Boleh? Terima kasih.

seri fiese

#KauSiTemplatBlog#

Wednesday 11 September 2013

Jalan yang kita pilih bro...

Bila mana kita yang pilih untuk memilih jalan hidup yang bukan pujaan manusia di muka  bumi Allah ini-

Persetankan kata-kata sinis
Kadang kala,
lebih banyak sampah
daripada barkah.

Mari?
Kita senyum
Tanda kuat.

-seri fiese-

--lepak petang sambil jiwa dirangsang alam..





Tuesday 27 August 2013

Hati Manusia

Hati kita
Orang lain tak tahu
Kita saja yang tahu

Hati orang
Kita tak tahu
Mereka saja yang tahu

Maka, jangan diletak hukum sewenang
hati orang macam mana.

Kita bukan Tuhan.
Dan jangan cuba jadi.
Takkan jadi.

*Sempena bulan syawal, aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Moga ukhuwah terus ke jannah.

Si Penghutang itu Kita

Manusia
Kaya atau miskin
Sama
Si penghutang

Apa kita fikir
harta bertingkat tujuh keturunan
boleh beli oksigen
yang diguna sehari-hari?

Tak. Tidak. Takkan. Jangan mimpi.

Jadi, berhenti dari sombong dan bongkak diri.

Ayuh, syukur.

Sunday 28 July 2013

Bertatih dalam maya

Tak berkesudahan sebuah hidup
selagi kita mampu merangkak
mencari segenap hati
yang terselit toresan luka demi noda
daripada cinta dunia yang bergawangan.

Aku takut pada langkah yang longlai
dalam keresahan yang tercipta untuk kita.
Kerana
Aku selalu mencuba
menjaga hati daripada terus meredup dan membeku
dalam kehangatan degupan yang kian mati

Bertatih aku dalam gelora pincang
sedang luap api terus menjulang

Namun, melatih hidup di maya
lebih indah dari dunia nyata.

Kerja kita dan kerja Dia

Apa kita fikir belajar itu untuk sandang jawatan yang bagus-bagus?
Apa kita fikir jawatan yang bagus-bagus itu teliti apa yang kita belajar?

Berhenti fikir macam tu.

Belejar itu ilmu.
Ada ilmu adalah kerja.
Kerja itu ibadah.
Maka di mana-mana bukan halnya.
Yang di-hal-kan, beribadah tak kita bila kerja.

Jangan merendahkan orang di mata kita dengan kuasa kerja yang rasa kita punya.

Semua sama 
Di mata Dia.

Friday 7 June 2013

Bulan dan Bintang

Kita bertemu dalam satu
cerita.
Adegan terlanggar bahu
dan bertentang mata.

Bulan pun dipagari bintang.
Maka aku turut merantai rasa
menjadi tawanan si bintang.

Sehinggalah mata aku berkelip 
Kelam dan terang semula,
kau hilang.
Bayang pun tak terkesan.

Sebenarnya,
aku bukanlah
bulan yang dipagar bintang.
Aku hanya aku yang mengharap terang.
Di sebalik kegelapan, aku hilang kewarasan.


Monday 15 April 2013

Badai Demam Melanda

Minggu pertama april. Aku sambut dengan ghairah bersama demam yang menggila. Terbujur tak berapa nak kaku dalam ruiang bilik sempit yang separa kosong.

Akhirnya,hari ni aku dah pulih dari demam gila yang melanda.
ALHAMDULILLAH.

"Sakit itu penghapus dosa"

-maka Tuhan itu Maha Penyayang. Disucikan aku dari dosa-dosa kecil semalam dengan sakit-sakit ini.
-berpada untuk aku tanggung. Syukur.

Thursday 21 March 2013

Here I Am-SHEILA ON 7




Di hari seperti ini aku harus berjuang lagi
Pertahankan harga diri
Dukungan datang dan pergi
Tapu aku cuba berjanji memutarkan roda ini

Here I am, Here I stay
Till we meet again someday
Here I am, Here I stay
Till we meet again My Friends

Cacian yang menyudutkan 
Tapi aku coba bertahan
Hidup dengan semua ini
Dukungan datang dan pergi
Tapi aku coba berjanji
Memutarkan roda ini

Here I am by Sheila On 7


Bait-bait kata ini
Secara zahir, lirik lagu. Cuma
Tapi, nukilan indah ini, 
terkias seribu makna.

Aku peminat tegar Sheila On 7, kerana karya-karya mantapnya dong. Waduh! Gawat gini bisa speakingnya Indon~ 

~Kembali ke topik asal. Ye. Aku perlu kuat. Kuat menjadi diri sendiri di balik awan yang meredup.Kian hari.  Oh ya, awan di bumi asing tak seindah di bumi sendiri. 






Thursday 14 March 2013

Kehujanan

Bumi bangi petang tadi  kebasahan lagi. Alhamdulillah. Syukur. Rahmat Tuhan sekalian alam.

Dan aku, minah rempit sejati, sama seperti semalam.
Merempit dalam hujan. Basah. Opkos la!



*berhujan lagi motorbike gua rini. Hujan rahmat di penghujung waktu kerja,
tapi...

--Dalam hujan. Aku termenung. Dalam termenung, aku termadah rupanya...
---" ..hujan di bumi asing tak seindah di bumi sendiri. kosong.."
   

Wednesday 13 March 2013

Kesibukan melanda

Bulan 3 adalah bulan hectic aku. 
Ye. 
Percayalah aku busy. 

Bukan busybody. 
Memang busy.

Banyak hal dalam hidup kita sehari-hari.
Macam hari aku.
Hari kau pun ada busy macam hari aku.
Tak gitu?

*Hidup tak mudah dan kita perlu gagah* 

Monday 4 March 2013

Orang lain kita lain

Kita semua pernah hadap keadaan di mana, pertama kali kita kenal seseorang, dia begini. Bila dah berpurnama kenal, oh dia begitu rupanya. Itu normal.

Tapi apa yang boleh jadi tak normal, bila seseorang yang kita kenal tu, terlalu jauh pergi dari diri yang kita rasa kita kenal tu bila perwatakan dia yang boleh dianggap 'bangang'. Hasih. Agak kasar, tapi ni la yang aku rasa.

Betul. Setiap daripada kita tak pernah sama dan selalunya ketara berbeza walaupun nampak serupa. Bagi aku, attitude tu tak perlulah lari sangat dari norma hidup bermasyarakat. Kalau sekali dua  boleh lagi dilayankan. Mungkin aku yang bersalah tapi kalau dah tahap jadi makanan, mintak terajang kot.

Yer. Kita selalu kata orang lain kita lain.

Dan aku rasa kau memang sangat lain, bukan manusia biasa.

*bengang

Apepun.....di penghujung rasa, aku faham dan semakin mengerti perjalanan pentas dunia ni.

Manusia,
Sama tapi tak serupa
Dan kita sentiasa diuji sesama kita.

Moga hati-hati kita kental dengan karenah kita-kita
Sebab kita tak pernah sempurna.

=.=


Friday 1 March 2013

Peristiwa Berdarah Lahad Datu.

Review berita-berita kesyahidan 
dua komando polis
pembawa hati dan jantung negara
yang tumbang menyembah bumi..

Aku pahamkan.

Aku rasakan

Ditemani lantunan instrumental Nostalgia daripada Mono,
mampu buat jiwa rock kapak aku rabak.

Mampu.

Mungkin sayu aku terlebih buat ahli keluarga..
Di bila-bila teringat peristiwa berdarah pada masa akan datang
yang pasti terkenangkan kenangan tika hayat terjunjung bersama

Aku campak segala isu kepolitikusan yang dipropagandakan..
Bukan bermakna aku tak ambil peduli,
Cuma,
cuba tak terlalu membuta-tuli.


Thursday 28 February 2013

Cebisan LINKIN PARK #1


We held our breath when the clouds began to form
But you were lostt in the beating of the storm
And in the end we were made to be apart
In separate chambers of the human heart


*Burning In The Skies by Linkin Park*


Sapa kata LINKIN PARK rock semata
LINKIN PARK itu puitis bermakna.


No more sorrows ~

Sunday 17 February 2013

Kusut

Lempang dan penumbok

Mana yang sesuai yer untuk puaskan hati bila bengang dengan orang yang bangang??

Sapa yang bangang?

Bukan siapa-siapa. Cuma aku.


#cerita tentang duit, mengusutkan hati da jiwa. Jasad tinggal bayang, roh hilang.

Friday 15 February 2013

Manusia itu kita

Manusia itu,
diciptakan sebaik-baik kejadian.

Dijadikan semanis-manis hidupan.

Namun,
kadangnya tetap ada
berbaur hamis
dalam kandungan isi rohaninya.

Manusia itu adalah kita.
Kita yang terlalu manis untuk sentiasa menghamiskan jiwa.

Cukup lah.
Perhambakan diri pada yang selayaknya,
Yang Esa.

Bukan melantik syaitan teraju nafsu gila.

Arsonist Jalan Labrooy

Teringat buku ni yang aku khatam sampai berbelas kali. Tak paham kenapa perlu gigih gaya macam ni. =.=

Adunan bahan-bahan santapan jiwa dan akal gila dari seorang penulis gila 'Riduan A-dullah', bakal buat kau merana kerana kesedapan yang amat tentang realiti hidup.

Buat Comas dan Lola. Gelap hidup mu adalah dari serpihan dunia yang walang. Terima kasih kerana hadir untuk didengar, difaham dan ditanam.


Tak minat membaca? Lebih minat memaki? Tak ape.

 Mari bukak buku ni.

 Kalau tak mampu nak cedok ilmu dari bahan bacaan ilmiah, aku rasa ini jauh lebih baik untuk orang-orang macam aku dan kita (maybe?) mampu terlebih dapat bila scuba ilmu dalam dunia indie ni bilamana kau akan terasa dimaki bila membaca. 

Maka, kau dapat tiga sekaligus. Baca. Ilmu. Maki. 
Sila....


Sepetang di Tasik Cempaka, Bangi #1

Petang semalam, aku melepak kat sini. Menghilangkan boring yang dah capai tahap bengang.
Tahu je lah aku. Akan ada sisi gila yang mahu bersendiri. Aku rasa bukan aku sorang lah nak rasa macam ni, kan?

Jadi, terjadilah ape yang aku nak. Lepas settlekan kerja-kerja formal (berurusan dengan bank), aku terus rempit dengan santai ke port ni.

*gaya rempit santai=ko syok bwk moto slow atas jalan raya yang semestinya orang lain bawak laju2+khayal+terbang yang akhirnya boleh membawa kepada peningkatan kadar kemalangan bersendirian atau melibatsabitkan orang awam sekalian alam.so, jangan ikut contoh ni.

Aku sampai. Turun dari moto, campak helmet bawah seat. Sambil pusing badan tengok kiri kanan (kononnya menikmati pemandangan sekitar) aku gerak masuk dalam taman. Taman ni ade tasik. Ala2 Tasik Titiwangsa gitu.. kat sini port paling bebest untuk warga Bangi yang nak lepak ke, joging ke, main skateboard, beromen pun ade(yang ni memang s**l). Tapi aku ni boleh kire berape kali datang sini. Sebelum ni duduk dlm UKM tu terperuk dengan buku dan monyet. Hang out dengan 'retis-retis' (kawan) pun, tak hadenyer nak melepak tempat macam ni, diorang jiwe tak macam aku, hardcore jiwang rabak.

Lepas pusing tasik  5 6 round(ye, tipu..), aku pon ambik port yang sesuai bawah pokok tepi tasik. ade bangku konkrit kat situ. Pandang ke kanan, ade 2 3 orang budak main skateboard. Mak aih, terer la budak2 ni. tak pernah tak jatuh. Terer. Aku dapat rasakan yang diorang rase bangga bilamana aku cam khusyuk je nengok diorang tuh. Aku pun malas nak bagi diorang up sangat. Menyampah pula tengok riak bangga....... Terus pusing belah kiri. #opss.Astaghfirullahaladzim.
Termengata pulak. Dush!

Sebelah kiri, pemandangan indah bagi aku, mamat tubuh ketak-ketak yang gagah larian itiknya sedang menuju ke arah tenpat aku duduk. Wow!

Ala-ala control ayu aku dengan tiba-tiba. Apahal??

Tapi, ah! demmit. terdosa aku petang ni. Mamat tu pakai seluar tight paras peha jeh. Woh. Kau ingat hot ke nunjuk2 aurat cenggitu depan mata aku. Ok. Dah tak hot.

Suasana petang ni, buat aku rasa terbuai. Redup. Hari ni memang hujan kejap, panas kejap, hujan lagi dan redup....

Jadi aku fikir, sambil menengok gelagat warga-warga Bangi kat sini petang ni, elok...elok...elok.....aku buat apa yang biasa aku buat:

Tarik zip beg, cari-cari dalam beg, jumpa. Headphone dan mp3 Sony 2GB. Roti dan air mineral botol kecik. Buku "Goblog" dari papakerma. Aku sangkut headphone kat kepale, tekap telinga biar hilang dari suara-suara santai sekeliling. Aku bukak buku Goblog pada Bab PIPI. Dan seperti biasa, aku tak makan masa lama untuk tenggelam dalam Bab PIPI dan kali ni, bermula dengan  jeritan Chester Bennington dari Linkin Park untuk 'Lost In The Echo'. 


Aku baca, aku senyum, aku kerut dahi. Selang beberapa minit, aku gelak. Tak kuat. Sekadar semut  kat bawah bontot aku yang dengar. Ye betol. Aku dah tenggelam dalam dunia Goblog....

Setengah jam kemudian, aku rasa mata agak lenguh. Berhenti sekejap dari mengadap tulisan halus, aku angkat muka ke sekitar tasik. Dah ramai orang datang joging dan santai kat sini rupanya. Masa aku mula-mula sampai tadi, boleh kire dengan jari kaki yang ada.

#Senyum...

Tiba-tiba aku jadi ralit tengok diorang joging. Macam-macam ragam yang ade.

                                                                                *tiba-tiba letih,nanti la aku sambung...

Tuesday 12 February 2013

Sisi Gelap 4

Gila.
Dia seorang yang gila.
Langsung dibiar apa untung nasib diri sendiri
Demi perasaan gila semata

Aku buntu.
Memikirkan diri yang kusut ini,
sudah cukup gila.

Mana lagi mahu dicantumkan gila si dia
Ah.
Mampu menggilakan jiwa lusuh
kusam terperuk kegelapan.

Dia lelaki gila,
yang selalu nampak
aku yang terpenjara berselirat kelam

        "kau gila"
            "gigih gilakan jiwa gila macam aku"

'Kenapa? Kan kita manusia yang berakal?'

---Okey.
--kau masih ada.
-sisi yang waras.

Monday 11 February 2013

Sisi Gelap 3


Jika sepuluh jari tangan yang kau ada...
Juga,
jika sepuluh jari kaki yang kau ada..
Dan dalam masa yang sama,
kau boleh berkata dengan sekali nafas 
yang tak ternilaikan oleh pencipta mu, 

"Aku tak mampu"

-Kau membuktikan
--Jiwa mu gelap
---Cukup gelap.

Hanya kerana kau belum melihat dengan mata hati....

Dia,
seorang yang hanya berjari kaki nan sepuluh itu,
mampu melakukan apa sahaja
yang kau tak mampu.

Cukup gelap jiwa mu bukan?

Sisi Gelap 2

Orang kata,
"jangan menilai sesuatu hanya sekadar kalian hebat menilik pada luaran"

Orang kata.
Kebanyakan orang kata.

Dan bagi aku ini klise..
Nampak apa dia klise?

'kau senyum, hati tak tenteram pun sebenarnya'
-ini klise
'kau bengang tapi muka slumber. jaga hati katenye..'
-ini klise
'kau penuh dosa, tapi topeng muka lagak suci alam bagai'
-ini sangat klise

...........

Kalau dah kotor hatinya, tetap terpampangkan di muka.
Muka ape?

Muka rohani kau yang rosak.
Gelap.
#jerit hati tajam untuk aku

Sunday 10 February 2013

Sisi Gelap 1

Pekat kelam melekit hitam penuh noda.

Itu namanya sisi gelap.

Pernah ada sisi gelap?

tak pernah?

B.O.H.O.N.G

Setiap dari kita ada.

Pernah. Ada.

Cuma dunianya berbeza. Coraknya yang tak serupa.

Penceritaan yang cukup tak sama. Takkan sama. 

Namun tetap berada dalam posisi yang sama.

Sisi gelap hidup. Tetap sentiasa ada. Walau dalam kenangan.

Saturday 9 February 2013

TAHUN BARU CINA.

Tahun baru untuk warga2 cina tahun ni buat aku tak seperti yang ada.

Aku dilanda sepi.

Sepi yang berpenghuni.
Tapi bukan jasad, cuma mimpi.

Tahun baru untuk warga2 cina tahun ni buat aku tak seperti sedia ada.

Aku ditinggal sendiri.

Sendiri dengan sepi.
Tapi bukan sunyi, cuma perasaan ini.

Oh tahun baru cina.
aku benci begini.

Thursday 7 February 2013

Gitar dan Vampire

Semalam. Pertengahan pagi mungkin.
Aku mimpi lagi.
Seperti biasa.

Tapi tidak semimpi sediakala.
Kali ini aku jumpa setan (ye, aku tau mimpi tu mainan iblis dan syaitan)
Tapi ini,
ini vampire versi melayu.
lelaki.
*aku kan gadis.
 tak mahu pulak aku kalau vampire pompuan.

Aku memang peminat gitar akustik.
sangat,
(Ustaz Azhar cakap, main gitar tak haram, jangan sampai jadi najis. yang haram bile jadi najis...)

Mimpi semalam,
vampire ajar aku main gitar.
tapi gitar dia pelik amat.
macam gaye piano. #haha
tapi sebenarnya, lebih kepada gitar budak2 yang tekan2 tu terus bunyi

#hahahaha.

Ape ke pelik sangat dan agak tongong mimpi aku ni??


Lebih kurang  ni aa.... lebih kurang aa...   #argh!

Wednesday 30 January 2013

BAB KAHWIN-by Lidah

Bujang

jangan kawin,
kalau setakat tak nak rasa ketinggalan sebab semua kawan-kawan dah kawin,

jangan kawin,
kalau niat setakat nak show off,

jangan kawin,
kalau tak mampu,

jangan kawin,
kalau sayang diri sendiri lebih dan tak reti nak bertolak ansur

kahwin sebab dah ready, to love someone more than yourself,
dahulukan keperluan orang lain,
baru diri sendiri.



aku pun belum kahwin,
tapi aku rasa,
love and respect should be at the same level,
cinta tu boleh pudar,
tapi , hormat dan tanggungjawab is what makes some couple
stay strong together. dan in time sayang tu akan  makin kukuh.

hormat dengan pasangan is what stops you from doing things behind their back,
hormat dengan pasangan will determine how you treat them,
hormat dengan pasangan akan buat kau tak berkata buruk tentang mereka pada orang lain,
hormat dengan pasangan akan buat kau lebih sayang .


treat people the way you want to be treated.
but if they don't bother to respect and treat you like you deserve,

no point.

but who am i to say,
aku pun belum ke mana.

tak semestinya awal tu untung,
tak semestinya lambat tu rugi.

dalam hal ini, phrase early birds get the worm tu tak applicable.

love you

___________________________________________________________________
Aku nak share post blogger ni..
tapi takde pulak butang share kat page beliau.

maka aku kopi pes ke sini.

Apepun...
Wat eva it is.
aku tak teringin nak jadi penjenayah siber.
aku cuma ingin kongsikan.

Kecelaruan kerjaya

Korang pernah?
Aku sedang berada dalam paksi dilemanya sekarang.

......

Aku buntu.
Kadang rasa keliru
Tapi setiap kali aku fikir
aku jumpa jalan hantu
yang tak pernah berpenjuru.

Tipu.
Ye,
aku tipu...

Sebab aku tak pernah jumpa jalan hantu
bila terasa buntu dengan fikiran yang tak menentu.

*sigh~

Sunday 27 January 2013

Oversea..

Oh. Strawberi di lautan salji...
Minggu demi minggu..
Masa dirasakan begitu
Di sini tempatnya
aku dan keluarga berkampung sementara..

Tiba-tiba,
Terlayang sepucuk surat
"Tahniah, ditawarkan mengikuti pengajian peringkat sarjana di obersi"
Di sini, 
di tempat aku sedang bersalji bersama keluarga.

Wow!
Teruja
Tapi
Hampa

Ayah dan adik2 harus pulang
Cuma aku dan ibu.
Cuma.
Namun keadaan seperti mendesak aku terus gapai impian.

Kembali ke Malaysia
Ibarat menghantar ayah dan adik-adik
sebagai tanda perpisahan sementara.
Bertemu kawan-kawan pon gaya tidak tersempatkan oleh waktu.

Dan...
Tiba masa aku ke sana semula
ke tempat yang bakal aku bermaustatin lama
bersama ibu tercinta
di bumi asing..

Tiba-tiba, alunan lagu Damien Rice "The Connoisseur Of Great Excuse" bergegaran di cuping telinga
makin lama makin kuat menusuk corong gegendang.

And this has all been said before
I've listened but then I ignored

My ears grew deaf
My head gave up
The junkie knows not when to stop
Of all the foolish alibis
The constipated push for why
I've had a blanket pulled over my eyes
Oh hush now baby don't you cry



I'm waking up
I am waking up
I am waking up
I'm awake
Coming
I am waking up
I'm ready
I am waking up
Dada da da da daaa


Perlahan kelopak berat membuka katupnya
Aku di sini.
masih di sini
dan tidak ketahuan
bila akan pergi..
dari tilam ini...

--pandangan ke siling,kosong. Kipas berputar pada kelajuan yang sama seperti yang ditinggalkan semalam.

*mimpi di siang hari.. lagi.....  =.=



penyakit daun palas..

Sangat berkias kan?

Pokok pangkalnya...

Hari ni adalah hari malas aku sedunia.  Hari aku. Bukan korang. Harap bukan.


M.A.L.A.S

*cuba sorang datang tempeleng kepale jap. Kasi adjust mind set yang tercabut skru terlonggar saraf.

Friday 25 January 2013

Seni Jalanan

Terbaca berita mengenai hak-hak anak seni jalanan lewat peyyperrr beberapa 'dekad' lepas. heh.

Adakah tidak layak mengembangkan bakat dan menghibur di khalayak tidak berbayar?
Adakah salah mengembangkan bakat dan menghibur tanpa lesen?
Adakah kita perlukan lesen untuk mendengar dan menghayati seni?

*sigh

Ini hak kita. Ini seni kita. Dan ini jalanan kita.  
dan..

Mereka itu,  buta seni.
Mereka itu, buta hati.
Mereka itu, takkan mengerti.

--mereka-->merujuk kepada *pihak yang memulakan pemulauan ke atas penggiat seni jalanan

Pedulikan.

SEDUTAN SISIPAN DI RUANGAN 'NASIONAL' AKHBAR MALAYSIA.


Persoalan?


Pandangan mereka yang berjiwa. 





Jyeah!

Monday 21 January 2013

Kecewa lagi

Terasa mahu dicampak kepala
terus tenggelam dalam pekat dosa longkang

Ah. Kecewa lagi.
Kecewa lagi.

Harapan dicantas tanpa syarat
Hati tersiat-siat tanpa pisau atau kerikil tajam

cukup dengan khabaran hidup
aku terperonyok dalam lesu letih hiba.

Haih.
Kecewa lagi...

Sunday 20 January 2013

Manusia Plastik

Manusia plastik.

Plastik sampah pun jujur dengan diri,
apa adanya.

Tak perlu dipertarafkan
kerana memang biasa-biasa

Tak diperhebatkan
kerana setiap kita
hamba yang hina.

Lewat Alam

Malam terus terlarut
Mata masih mahu mencarut
Dan
Mulut tetap cuba melalut

Ah. Kemaruk yang terlalu karut.

Hantu

Ditipu kawan
memang rasa nak hantuk kepala kat dinding

Tapi,
kau akan rasa nak bunuh diri
di gaung yang berduri
bila tertipu
sama hantu.

Ya.
Hantu.

Mane? Ape?

Ya iya.
yang mukanya penuh bahan kimia
yang adunannya
yang ramuannya
yang jadi-jadiannya,
dirasa cantik pada si pembela

Lagak hantu gayanya.
Serupa hantu.
'make up' muka itu.
Sebijik hantu.

#bersungguh tempek bedak 9 inci ke muka. Telek ke cermin, nah, mana cantiknya??

Saturday 19 January 2013

Suatu dulu..

Kita ada suatu dulu...
yang mana langkah diatur
tepatnya kurang pada jangkauan akal.

Kita ada suatu dulu...
yang mana hati berbuah cinta
betulnya entah ada,
bagusnya entah pada siapa.

Kita memang ada yang suatu dulu...
teringkuk kita dalam penjara masa
dipasak salah merata-rata
diletak benci tanpa suara.

Ya.
Kita memang pernah ada suatu dulu..

Kita-kita yang bingung,  apa adanya kita
Kita-kita yang bingung, apa salahnya kita
KIta-kita yang bingung, apa benarnya kita
Kita-kita yang bingung, apa kasihnya kita.


Yang dibiar tanpa kata.
Yang diselar tanpa bicara.

Tau-tau,
dibuang kita ke perdu rimba penuh benci
yang kita tak tahu alasan untuk kita.


Dan aku pernah ada suatu dulu itu.
yang merobek jiwa,
mengokak sampai ke titik ini.

Sahabat 2

Si jiwa sepi
hidupnya menyengih bak kerang
hatinya lusuh
rapuh kekeringan.

Terfakta pada kamus diri
menabur bahagia pada palsu dunia
melempar duka jauh ke perdu emosi

Dia itu penyayangnya
kadang terbiar diri
Dia itu perahsianya,
kadang termakan hati.

Diulit mimpi yang tersebatikan
dibelai
dijaga
diwaspada

mana tahu
kalau-kalau ada yang termengerti
terfahamkan jiwa yang berhabuk sepi.

Kawan silih berganti,
yang banyaknya memakan diri
yang penuhnya merobek hati
yang ramainya mencemuh-maki

dan suatu hari,
bertemu satu dimensi naluri
yang berpasak pada realiti
tak terpeduli pada dunia
bertemankan duri
diambil rasional,
dibuang kerekaan gila.

                                                                                sambung.....lagi....


Friday 18 January 2013

Sahabat 1

Suatu petang
susuk jiwa yang kosong hatinya
menyapa seberkas sepi
tidak terhuni sesiapa
atau apa-apa.

Suatu petang itu juga
sang sepi terjaga
melipat segala sunyi paling dalam sarang hati.

     Jiwa kosong
     bersuara tanpa nada
     berbicara tanpa kata
     cuma,
     dijentik sepintas angin.

     Jiwa sepi
     si gelandangan hati
     terdongak termengerti
     jentikan itu,
     bukan sekadar laku.

                                                                                ............bersambung....

Thursday 17 January 2013

Pernah tak kau rasa
hati macam
dicucuk jarum
disiat-siat
dilunyai-luncai

Lepas tu,
dicampak senang
ke jurang terdalam.

Ah,
mungkin kau juga macam aku sesekala.

Ditatang tika perlu
diludah tika berbulu
ditanam tika tak mau.

Tuesday 15 January 2013

Kemaruk nada

Pejam mata kejap
ibarat aku bakal mati akal

Bungkus halwa telinga
dengan megahnya instrumen palsu dunia

Sinis bunyi kata celakanya
menerobos ke setiap ceruk hati maung

Hei
Aku ini bukan mereka
dan mereka bukan aku

maka buat apa aku diamkan nada
yang lebih menusuk jantung dunia
daripada mereka yang cuma hama

Dan tepat
seperti biasanya,
putaran masa belum cukup
menerajang aku jauh dari nada jiwa.

Kemaruk ini berbisa.

Jadi,
Jangan dijentik sisi gilanya.

*termenung lama..........dan.....Zzzzz

Monday 14 January 2013

Pagi lagi..


Sepoi-sepoi bahasa hembusan bayu
sirna mentari menyengat lagi 
buat isi alam
yang kemaruk gelap.


Kicau burung pagi
Beri damai
Beri mamai

Buat manusia leka,
Dunia sebenarnya terlalu tua
Untuk dikotorkan dengan cela-cela kita,
demi hari.

Kita-kita

Kita-kita ini
Kadang dilihat senang
sekadar luaran
tapi tak diteropong dalaman
kan?

Perit
Sakit
Pedih

Apa nak nampak
Dipamer pun orang tak hingin  peduli

Dan
Tak perlu untuk heboh bahagia kita
Dicerita pun orang kata menjaja

Pendek kata
Tak kenal, biar.
Tak suka, diam.

Sunday 13 January 2013

Hilang

Di penjuru malam
terbit cahaya dari pekat kelam
menunggu aku untuk datang
dekat bersama ruang-ruang yang timbul tenggelam.

Dan aku datang.
Merangkak perlahan
menapak di setiap deduri tajam
yang merentang laluan

Hilang
tanpa angin
tanpa ribut
tanpa gegaran.

Hilang
mungkin terlayang
dibawa arus deras 
si hati yang terbelah jiwa.


Apa itu yang hilang?

Cinta. Manusia. Gila.


Semua itu hilang. 
Datang yang tak pernah diundang. 
Berbakti tapi tak mintak ditatang.

Cahaya suram itu
bukan dari lampu neon
atau mentol bulat
tapi, hati yang pecah.

Berkecai.

Dan
semakin lama, semakin kelam, dan menghilang. 

Friday 11 January 2013

Sepi

Sayup bayu
mengetuk dinding malam

Tenang....
Senang...

Tenang embun jantan
melewati tiap lantai tanah
yang kadang kontang tanpa hujan.

Namun,
sebutir sepi menjengah hati
tetap menyelak tirai diri
yang sendiri

Jeritan cengkerik
terus sumbang meniti haluan masa

Senang...
Tenang...

Senang memekakkan telinga
gegendang dianggap punah tak berfungsi
yang selalu menghadap bingit keluhan.

Pasti,
Jiwa tak lagi tegak membatilkan rasa
sepi yang datangnya kosong
tak bernyawa
terus membadai taman indah yang perlahan musnah..

Tuesday 8 January 2013

Cinta Pecah

Selalu kita
meletak demand dalam ingin rasa
menyemai nafsu sang gila
mengumpul butir-butir luka
semata.

Selalu kita
hati gagah dilunturkan
jiwa kental dirabakkan
cinta


Selalunya kita
awal jasad yang bertarikan kutub
akhir roh berkecai tak tertangkup
demi ego yang bongok

Kita
punahkan nilai hidup
robohkan segala yang tersanjung
untuk menampung rosak jantung yang tertebuk.

Kaki yang ada disepakterajangkan
pada dusta jalan yang terpalitkan
secebis rasa yang tak tercantumkan
dek pecahnya kaca cinta.

Nanti,
Suatu hari baru
cuba lihat cinta tanpa cermin
supaya bila jeritan beraja
cinta itu tak berkecaian.


*tak payah tengok, cukup kau rasa.

Monday 7 January 2013

Cappucino lewat malam.

Tahu, nikmat kau santai di lewat pagi, sama itu Cappucino?

Ha'ah. Dengar macam bongkak je kan. Ala-ala manusia berada a.k.a kaya tahap cipan.

Tak perlu judge. Sebab setakat ni aku mampu sedut Cappucino atas ihsan orang. Syukur setakat apa adanya.

Orang tua-tua pesan: 'Rezeki nak, jangan kau tolak. Musuh pulak jangan kau cari, sebab sentiasa ada nak...'

Hah gitu kau~~

What ever it is.... musuh tak musuh kalau ada kat sebelah aku sekarang, mintak penampar sebarang dua la kalau nak bertumbuk time aku tengah layan benda ni.
*ok.kasar.ini bukan aku.tapi aku dari sisi lainnya =.=

Berbalik semula pada pangkal jalan yang benar iaitu Cappucino.
Cuba kau, dari setiap selirat kesibukan hari, cari ini flavor.

Berteman atau bersendiri. Pilih mana selesa.
Sisip sedikit demi sedikit, tiap rasa yang mencium bibir kering tanpa gincu atau lips gloss (untuk perempuan, juga pondan.. hohoiii~).

Serabut akal terenjat terus terbang ikut suka haluan dia. Layan....
Layan...sampai kau rasa, cukup untuk secawan.

Kesan, kebanyakan adalah steady to stand up along night.
Mungkin gelap malam tak cukup kelam bila mana kau rasa mata seakan paling payah nak pejam.

Hahaha.
Nikmat yang bakal gilakan kepala otak untuk buat mata gagal rehat pada waktunya.

Itulah. Cappucino lewat malam, mata degil untuk pejam. Dan mampu menjadikan kau bak ikan pekasam yang terganggu tidurnya tanpa lena yang nyaman.


--suatu Cappucino ini, terlalu mengkhayalkan..---

*dan aku, antara yang mata menggila terang walau otak terawangan kosong tanpa sempadan.

Mohon sedar diri

Mohon
Kalau hati tak cukup suci
dan rasa gagah untuk menyatakan keburukan orang

Diam. Cukup dengan diam.

Mohon
Hati yang tak cukup kelam pun
dan rasa gigih untuk mencacimakikan orang

Mati. Cukup dengan mati.

Sebab hidup pun mengundang terajang dari tapak kaki.



*Ini manusia.kau takkan pernah tak rasa.

Aku bukan dulu

Lately, aku dah bukan aku. Maksud aku, aku bukan seperti dulu.
Ye. Dulu..
Jadi, dulu aku macamane?

Perlu ke aku selak semula diri aku yang dulu?

Oh, masalahnya, ade ke orang naik gila nak tahu tentang diri aku?

Aku sendiri pun serasa menyampah tahap karat untuk selongkar waktu dulu.

Habuk. Pepijat beranak-pinak.. Penuh!

Arghh.. campak terus masa lalu dalam kotak biru.
kotak biru? *aku hentam aje.

Orang kate, kite tak nampak diri sendiri macamane melainkan orang di sekelilingn kita.

Sudah cukup sudah....*nirwana band sekejap~

Aku nampak je aku macamane. Dalam cermin. Kau pun  nampak.
Jadi, tak perlu orang sekeliling what??


#pahamkan aje kiasan hidup. maksud tersirat banyak yang melirat di cabang ayat.

Sunday 6 January 2013

Hati Rawan

Pusing kiri. Pusing kanan. Pandangan kosong. Habuk pun takde. Tapi, hati gundah nak bersawah gulana. Aku nak tido. Please... Aku perlu. Untuk tido.  Walau seminit detik berdetak~


Esok aku rangka
hari indah
Harus paling indah
Dari hari-hari lepas.

Positif minda
Aku paku kemas
pada setiap susur saraf
Berbisa sekadar memanah segala gundah

Ah!

Gulana masih menari rancak
seiring lantunan itik
cengkerik lewat pagi.
dalam
jiwa
kacau
yang
punah...

Cukupkan rawan hati untuk pergi...demi sedetik yang merangkak.
Buat lena semimpi dua.
Untuk bintang jatuh melata
Sekadar sekejap cuma.




*pejam mata.......suara sumbang instrumental "Still Alright" dari Pg. Lost merapu di gegendang#

Saturday 5 January 2013

Cuba

Cuba
Tiap kali hati rawan
Tiap kata seperti setan
Kau diam.

Cuba

Kau hanyut dalam tenang
Kau lena dalam senang
Dengan jeritan lagu di gegendang.

Kadang, melodi rabak lebih berpuaka dari ludahan kata

#Selamat tidur di ambang siang


Dunia lainnya..

*diam

*dongak ke langit

Awan petang makin suram
Burung-burung pun kembali sibuk
Menyibukkan diri menyusun flow hidup
yang petangnya kau harus pulang ke sarang.

Di suatu ketika,
kau tak lagi bingit untuk dunia siang
Kerana malamnya
kau bukan lagi di dunia ini
ketemu lainnya rasa hidup
di suatu malam.

Dunia lainnya...
yang tak tersempat mengorak rasional fikir kau
mungkin takkan tercapai akal waras.

Friday 4 January 2013

Dia

Dia itu
Pembenci dalam diam
membekam segala rasa di setiap helaan nafas hidup.

Dia itu
misterinya tak tercapai letak akalku
yang kadangya keliru
yang kadangnya melulu.

Dia itu
seperti sesuatu yang tertinggal dalam aku
tak diambil jasad tapi disompekkan hati.

Dia..
seorang orang
senyumnya kadang bukan gembira
dukanya tak mesti derita
penuh rahsia
kejap hatinya.

Dia....yang terbelakang dalam kisah semalam.

F.I.E.S.E

Thursday 3 January 2013

Rindu


Kelu lidah tanpa bicara,
Beku jari menaip kata

Ini saya
di kala-kala rindu terjah ke setiap kelongsong peluru hati
akal terencat kata
mati dihujung sepi.

Bukan mahu membangkit kenangan
cuma setitik rasa menilik jiwa
yang di kadang kala menoleh ke belakang
memanggil seberkas hidup
usang ditinggal zaman.

Cukup hanya ini
Walau secalit pun tidak di ingin
mulut tak perlu dibuka
jeritan tak minta dihela

biar sekadar
jiwa yang bersuara.

Selamat malam.
Semoga Allah mencukupkan nikmat hidupmu.
In Shaa Allah.

#inirindubuatkamu#

Aku yang bermasalah

Sesungguhnya aku rasa, aku ini bermasalah.

Di kadang kala, aku tak punya fokus untuk diri sendiri.

Aku fikir
aku ini orang yang bermotivasi. Amat cukup.

*hembus nafas

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada sudut yang tercela warnanya
menyimpan khazanah rahsia
mengunci hati, memedap rasa

Di pinggir rasa tak terbela
memujuk diri menyimpan duka
menyogok jiwa melepas hela

Ini bukti suramnya hari
kadangkala tak tercapai sinar
menerobos kelongsong peluru hiba

Saban waktu tetap begini
melayan nestapa yang bergelandangan
menghibur dengan suara-suara sialan.

Ini aku
seorang yang berteman masalah
sama seperti kau yang bermasalah
maka, kau itu adalah aku.


*diam


~capai bantal, tekup muka....lena#





Wednesday 2 January 2013

Ini Keja Aku

Lepas je bergraduasi, aku terus start buat kerja jual menjual air liur.
Entah kenapa aku boleh mampu jebakkan kaki aku dalam bidang ni.

Padahal dulu kemain aku cakap takkan keje macam ni. Agak klise tapi aku rase ade hikmah nape jalan ni yang Allah tunjukkan pada aku. Takkan ada satu pun perkara yang Allah turunkan kepada kita tanpa ada sebab. Ye. Aku pegang itu.

Keje ape ni jual menjual air liur? ..........nanti aku sambung story. 

Skang, bersiap.

Solat Isyak..
Telek muka 2 3 kali kat cermin..
rasa tak cukup comel, tempek bedak barang sesudu dua bagi putih melepak.. #ini rare#
Capai kunci, helmet, kasut
Chow.




Preng..! Preng...! Prengggggg...........!

p/s:
Keje boh. Org susah kena keje lebih kudrat sikit boh...

Tuesday 1 January 2013

Kita

Kesian kita
Hubungan dah tak macam dulu

Kesian kita
Cinta dah tak seindah dulu

Kesian kita
Mangsa keadaan yang dah tak serelevan dulu

Kesian kita
letak hati sudah tak seperti dulu

Kita
ada lagi ke separuh janji rindu dulu?

Kita
mampu ke saling meyakinkan?

Kita
dapat ke putar waktu yang terjadi?

Mungkin tika ini, simpan saja
 separuh hati yang terbiar,
yang tak terguna
maaf andai separuh lagi terbawa pergi
terobek segala janji.

#jiwakacau#

Andra and the backbone-Hitamku


Sendirian

Kenapa perlu dirasakan sepi bila tidak berpasangan?
Kenapa perlu dirasakan sunyi bila keseorangan?

Sebab sebenarnya, Allah menyayangi kita lebih dari apa adanya.

Kadang-kadang,
Dibiarkan kita sendirian agar hati tidak mudah tersompek
oleh jiwa-jiwa yang tidak seiring jalan yang diredhai.

Dibiarkan kita sendirian untuk melihat dan berfikir
segala macam manusia tanpa dihampiri.

Allah sangat menyayangi hamba-Nya
cuma kita.....
selalu ragu pada-Nya


*diam sambil mata terkebil-kebil

Duit

Duit
Mudah sangat kalau berduit
macam-macam kau boleh rembat

Duit
ada duit kau dijunjung
tak berduit, kau dipelangkung
dengan hashtag #kau sape?#

Duit
kau fikir semata untuk dunia
dunia junjung kau sampai puncak alam
tapi akhirat tak pandang

Kawan
ada pun sebab duit
kau tak berduit
siapa kawan kau?

*taksemuatapihampirsemua

kalau duit boleh bawa kita ke syurga straight tanpa halangan dengan flight peribadi, seluruh jiwa aku sembah demi duit
tapi realitinya, banyaknya duit bakal campak kau ke neraka


sebab

kau berduit, kau bongkak
kau berduit, kau membongak
kau berduit , kau lupa kau siapa
kau berduit, sumber kau tak kira

syurga yang free kau sombong
tetap gigih dengan neraka yang mahal

Jangan bodoh kerana duit
sebab duit nilai dunia 
sampai masa 
kau bukan siapa-siapa
hanya hamba yang hina.