Tuesday 29 August 2017

Dulu kau lain,
Sekarang dah jadi lain.

Kau dah kenapa?

Kau hendak yang macam mana?

Cakap.

 Tak boleh cakap?

Itulah kau.
Kau lupa. 
Terus lupa.
Kalau dah lupa, macam mana kau nak jadi kau yang dulu semula?

Kau perlu tolak jauh-jauh rasa yang ada dalam hati.
Apa jua perasaan.
Kau kena biarkan kosong.

Biar saja hati kau kosong.

Supaya saat kau pejam mata dalam hati yang kosong,
Kau nampak aku terus berdiri kat situ.

Ye.. Kat situlah. Mana lagi?

Mulakan semula. Pandang aku yang berdiri kat situ.
Lama-lama.

Boleh rasa sekarang? Dah jumpa diri kau yang dulu?

Akulah cinta itu.
Masih ada.
Dan memang ada je ni.
Kau tu.... Berserabut. Sakai. Otak letak lutut. 

Kadang-kadang kau perlu lari dari sampah-sampah yang ada dalam kepala kau tu.
Cari tempat sunyi dalam tu.
Sebab lepas kau jumpa sunyi tu, kau akan nampak aku.

Bila kau nampak aku, kau jumpa diri kau yang dulu.

Moga kau selamat berjumpa dengan aku.

Adios!

Saturday 19 November 2016

Amarah manusia

Usah dipercaya manusia.
Saat kata-katanya ditanam manis
Ya, kau bisa bahagia.
Tika jiwanya tiba-tiba mati,
Ya, nikmati saja bisa-bisa belati.

Itu bukan kejam,
Itu amaran.

Kau dan manusia,
sama.
Saling menikam,
Saling mengetam.
Siapa yang menang?
Siapa pula menghilang?

Tidak ada.
Ya.
Tiada.

Yang tinggal cuma amarah berpanjangan.

Sunday 6 November 2016

Aduh! Gila

Malam masih panjang.
Mata masih belum kupejam.
Tangan masih digunakan.
Pen bersama dakwatnya masih dipaksa,
menari lenggok kosong angan-angan.

Manusia..
Memang akrab dengan pembohongan.

Berbohong untuk kepuasan sendiri.

Aduh!
Manusia gila.

Dunia Yang Terlupa

Dunia semakin tenat dan sengaja dilupa-lupakan 'orang'.

Mungkin 'orang' masih belum memahami,
dunia semakin menuju destinasinya.
Yang mana kiamat itu datangnya pasti tapi tiada yang tahu.

Maka semua 'orang' sengaja melupa-lupa.
Termasuk aku.

*diam*
.
..
...
....

Di sini bukan lagi tempat kita bersuka ria mengubat duka.
Sekarang, keberadaan kita perlu menjadi sesuatu yang perlu di isi.

Lalu,
Isinya apa?

Jangan buat-buat lupa.

Friday 10 June 2016

Kehidupan lama dan kehidupan baru

Dulu...

"Wei, jom sembang kedai. Banyak benda nak share ni.  Stress gila wei minggu ni. Bla...bla..bla.."


Kini...

"Lantak.."

Ucapan hari lahir?

Hari ke hari kita sama,
Berdendangkan suka
Berpalukan duka.

Selang-selinya sama.

Pusing dan putarnya tak ada yang beda.

Hari ke hari kita sama.
Meninggalkan muda,
Menjemput tua.

Aturannya sama.

Ke belakang dan ke depannya tidak berbeda juga.

Selamat melangkah ke hari-hari yang lebih ke depan

Dan tua.

#happyBornDayFOrYouAndYou.

Saturday 20 February 2016

Adab yang molek


Berdakwah pun ada adab.
Menegur PUN mestilah beradab.

Malaikat kat bahu-bahu catat dosa pahala PUN tak teragak-agak.

Seluar dalam sendiri PUN berlubang, lebih pandang kain dalam orang lain yang rabak?

Tak salah nasihat tapi jangan tunjuk sangat bengap.

Tak reti cara elok nak bercakap,
Just shut up.
Itu lebih molek.

Telinga


Lepas Subuh
dan bila setiap daripada kita mula nak sibuk dengan dunia,
Burung ikut sama, bising membebel.
Membingit di telinga.

Tuhan nak kita tahu,
Kita diberi pinjam telinga,
Dan masih elok diguna.

Alhamdulillah,
Syukur kan?

Berani


Berlari jauh dari haluan ramai,
Bukan bermakna kita sesat.

Sekadar membentuk diri dan mempasak pegangan.


Keyword is, BERANI.

Kerana Perasaan Itu......


Sayang dan rindu itu perasaan.
Perasaan dari jiwa.
Jiwa yang berperasaan.

Sebenarnya,
Tak perlukan apa-apa sebab untuk kedua-duanya.

Kerana Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

Kita cuma merasa mungkin sebesar kuman dari sifat-sifatNya. Mungkin lagi jauh kecilnya berbanding itu.

Raikan cinta dalam hati.
Sebaik-baiknya....

Jangan Angkuh


Kalau tak kerana semalam,
Kita bukan seperti hari ini.

Kalau tak kerana malam,
Kita mungkin tak bertemu pagi tadi.

Semua yang berlaku ada sebab dan asbab.

Bukan kerana,
hanya kita yang berpasak di kaki sendiri.

Buang sifat angkuh.
Jom?

Selagi....


Kecik hati orang tua,
Kecik segala-galanya tentang hidup kita.
Akhirat dan dunia.

Selagi boleh berjalan dengan dua belah kaki,
Selagi boleh suap makanan dengan tangan kanan dan tangan kiri,
Selagi boleh bercakap dan mendengar itu dan ini,

--tak mengapalah.

Jangan bila Tuhan tarik semua,
Masa tu baru nak cari keluarga dan orang tua,
Semula.

Berharapla masa tu,
Hati-hati yang terguris,
Masih lembut dan manis.

Nauzubillah.

Tandanan Pisang


Dalam setandan pisang,
Tak semua sempurna bentuknya.

Walaupun dari baka yang sama.
Tak terjamin sekata rupanya.

Tak apa.

Yang buruk biarkan memburuk,
Yang cantik pun tak kekal di tandan.
Isinya ditelan juga ke perut.
--terpulang, menjadi protein atau tahi.

Biar.

Nanti-nanti,
Bila dah tiba masa bentuk tandanan pisang sendiri,
Sendiri tahu rasa kecewa melihat tandan yang tak menjadi.


Orang Tua Orang Muda


Orang tua patut membimbing.
Bukan meletak segala salah dan tuding.

Orang tua patut menasihat,
Bukan menjatuhkan dan menyagat.

Bila mana orang tua,
Lupa untuk membimbing dan menasihat,

Dunia berputar tanpa medan dan pusat.

Kesian orang muda....
Hanyut tanpa nasihat.
Mati jiwa disagat.

Pendosa syurga


Biar apa orang nak kata.
Baik kita ambil.
Busuk kita baling.

Kita tak rugi apa-apa.

Kita cuma berharap,
jangan sampai ada yang merangkak 'di sana' merayu sebutir ampun dari kita.

Cukup-lah dengan cukup
Cuma kita sahaja menjadi sang pendosa.

Biar mereka terus menjadi si ahli syurga tanpa cela.

Suka dan duka


Bila mana berita gembira dan berita pilu mampir bersaing,

Pilu itu,
ku tarik di pelukan dulu.

Biar nanti.....
Wujud gembira yang lama.

Benci dalam sayang


Kita memang benci keburukan.
Tapi sampai  bila?

Bersederhana-lah dalam kebencian.
Kerna keburukan membentuk kesempurnaan yang tidak sempurna.

Diam bukan tanda benci dan ambil hati.
Diam itu untuk buat kau faham dan mengerti,
Kau kesayangan sampai mati dan tidak terhenti.

Mimpi Ke Bintang



Hitam dan putih itu,
Satu mimpi yang panjang.

Menunggu cerita untuk terus bercerita.
Tanpa ada pangkal dan penghujung.

Mimpikan-lah satu warna yang terang.
Biar destinasinya sampai ke bintang.

Drama Jemput-jemput Ikan


Hujan yang lebat siang tadi, lenyap dalam sunyi malam. Bersama sunyi hati yang seakan kosong, seketika.

Bicara hati tak pernah sunyi,

Yang sunyi cuma ruang. (Eceh...)


Kau tahu, butir-butir jiwa ini terkesan dari cerita drama bersiri  yang aku tengah layan sekarang ni.

Apa hal buat ending sedih nak mati ni? Omel aku dalam hati.

“Lah kau, apahal muka macam singgang?” sergah Latip dari belakang sambil meneguk air mineral yang sejuk segar dari peti sejuk di dapur.

“Singgang ikan ke singgang babi yang kau maksudkan? Dan jelaskan.” Jawab aku dengan mulut penuh dengan jemput-jemput ikan. 

Jemput-jemput ikan. Bukan jemput-jemput babi. Mata masih terpaku pada kaca televisyen. Mulut setia dengan jemput-jemput ikan. Dan hati sedang menahan rawan kesan daripada ending cerita yang memang buat aku seperti pondan. Latip bersama muka tak puas hati dengan mimik muka aku. Biar.

Latip ni kawan baik aku. Merangkap jiran bilik aku. Termasuk juga kategori sebagai housemate aku. Pendek kata, aku dan dia je tinggal dalam rumah sewa cekik darah ni. Berdua. Sweet bukan?

“Hahahaha. Sedih gila penghabisan drama Melayu sial masa  kini. Jiwang sungguh. Betul-betul buat jiwa rabak, saudara sekalian bumi.” Pujian melangit mencecah infiniti si Latip untuk drama tadi. Ye. Drama Melayu yang aku layan tadi.

“Dah nama pun drama Melayu. Kau puji tinggi-tinggi sangat kenapa? Ada hati nak up jadi pelakon romantik tangkap leleh? Aku siang-siang tutup televisyen kalau gitu.” Menyirap betul dara aku macam ni.

"...........?"

Darah, sebenarnya.

Menyampah jugak kadang dengan Latip ni. Bangsa sendiri pun dicarutkan. Aku ni, seorang punk lagi, tak ada pulak nak jatuhkan bangsa sendiri dengan kata-kata yang hina sebegitu.

Orang selalu pandang kaum kerabat punk adalah kaki buli, sampah, musuh sosial dan macam-macam lagilah nama timangan yang mencacatkan minda kanak-kanak ribena yang baru nak terbina pemikirannya.

Sedangkan masyarakat tak sedar, atau mungkin kurang sedar, ataupun sengaja tak sedar diri bila tutur kata dan sifat masyarakat normal yang mempunyai standard masing-masing, tak kurang celuparnya.

Bangsa Melayu memang dah jatuh. Tak perlu ditokok tambah cerita. Tak perlu dicarut. Tak perlu dimaki. Tak perlu bagi aku.

Dan aku, setia menjadi pondan yang terus  menyokong kuat drama-drama Melayu picisan. Walau apa sekalipun yang mendatang.

Hambik.

Sunday 22 November 2015

Unsur menari

Angin air tanah api,
Antara empat ini,
Berjagalah angin rapi,
Silap arah, kena maki.

Angin air tanah api,
Air alir di tanah kali,
Api mengundang bara duri,
Angin boleh membabi.

Angin air tanah api,
Angin cinta tak surut sekali,
Sentiasa mari.

Friday 23 October 2015

Kauku

Bila diam kadang membunuhku,
Aku lebih senang begitu
Berbanding membising 
Melihatkan tingkat hipokritku.

Bila diam kadang merubahmu,
Aku lebih senang seperti itu,
Berbanding merunsing
Meletakkan sebab dan salah laku.

Kau tahu,
Bila tiapnya aku membisu,
Aku bertemu kamu dalam lagu,
Lagu rindu yang kita tahu.

Kau perlu tahu,
Sunyinya bicaraku untuk kamu,
Adalah dendangan riuh cinta aku,
Dalam dua ruang waktu.


Aku tak rungsing.
Aku tak pusing.
Alu tak membising
Dan aku tak pening.


Mungkin kau benci dengan sepi 
Yang aku wujudkan sebegitu.
Cuma yang aku tahu, 
Diam ini untuk kamu
Kerana ruang waktu ini, 
Hanya untuk kau dan aku.
Kau aku.
Kauku.