Sunday 22 November 2015

Unsur menari

Angin air tanah api,
Antara empat ini,
Berjagalah angin rapi,
Silap arah, kena maki.

Angin air tanah api,
Air alir di tanah kali,
Api mengundang bara duri,
Angin boleh membabi.

Angin air tanah api,
Angin cinta tak surut sekali,
Sentiasa mari.

Friday 23 October 2015

Kauku

Bila diam kadang membunuhku,
Aku lebih senang begitu
Berbanding membising 
Melihatkan tingkat hipokritku.

Bila diam kadang merubahmu,
Aku lebih senang seperti itu,
Berbanding merunsing
Meletakkan sebab dan salah laku.

Kau tahu,
Bila tiapnya aku membisu,
Aku bertemu kamu dalam lagu,
Lagu rindu yang kita tahu.

Kau perlu tahu,
Sunyinya bicaraku untuk kamu,
Adalah dendangan riuh cinta aku,
Dalam dua ruang waktu.


Aku tak rungsing.
Aku tak pusing.
Alu tak membising
Dan aku tak pening.


Mungkin kau benci dengan sepi 
Yang aku wujudkan sebegitu.
Cuma yang aku tahu, 
Diam ini untuk kamu
Kerana ruang waktu ini, 
Hanya untuk kau dan aku.
Kau aku.
Kauku.








Saturday 10 October 2015

Pilihan Dalam Pilihan

Jalan kita berbeda
Antara panjang dan pendek
Silang licin dan berbatu,
Haluan bengkok atau lurus.

Jalan kita berbeda,
Ada waktu mencium sudut,
Kadangnya membuntu di simpang
Bingung mencari hala tuju.

Jalan kita jalan yang hidup,
Menjerit tidak berdiam mahu
Menuju arah atau membungkam malu
Ambil simpang dan lalu.

Mahu tak mahu biar di situ,
jalan yang panjang perlu dilalu,
jalan yang bengkok perlu dipalu,
Lihat apa sampai dulu,

Aku, kau atau pilihan kita.

Tuesday 17 March 2015

Perjalanan Pagi

Perjalanan hidup yang bermula dengan pagi.

Dan ketemu hari esoknya juga bersama pagi.

Pagi yang diberi barkah mempaksikan rezeki yang meruah.

Maka, nikmat Tuhan yang manakah lagi harus kita dustakan?


Thursday 5 February 2015

Pendaki

Guys.

Mencari puncak yang paling tinggi,
Demi mempasak sepasang kaki,
Bukan sekadar kerlipkan mata
dan kau terletak di situ.

Bukan.



                                                                                    Pendaki.


                                                                      Mendaki


                                                             Daki.


Itu kewajipan.
Tanpanya, cuma habuk batuan lereng menusuk mata.

Still be a loser?

Menjadi sesuatu yang tertinggal di belakang,
Kadangkala ia sesuatu yang
RARE.

atau

LIMITED EDITION.

Namun,
Kebanyakannya
Lebih dilihat sebagai loser.

Loser?
What a shame on you~

Wait!
Nak malu buat apa?

Sabar.
Manis nanti...

Berada terlalu di depan atau trending pun
kadang tertekan.




------------Hahaha.

Wednesday 4 February 2015

Adik dan Duit

Adik,
Kau muncul bila ada hal.
Tak mengapa, aku kan ada.

Adik,
Kau muncul bila kau tak ada sapa-sapa.
Tak apa, aku kan ada.

Adik,
Kau cari aku bila tak ada ringgit.
Tak kesah, aku kan ada.

Aku ada bila kesempitan yang kau rasa.
Bila kau tenang-tenang bahagia,
Aku kau campak entah ke mana.

Adik, duit bukan segala.
Bukan duit yang menjadi nilainya.
Cinta kita,

Sepatutnya.

Bos Vs Pekerja

Bos bukan Tuhan
Pekerja bukan hamba.

Kalau dapat bos yang kurang siuman,
Nasihat aku, kau blah

Bos bukan Tuhan
Pekerja bukan hamba.

Kalau kau rasa tak tahan,
Tak payah kerja

Bos bukan Tuhan
Pekerja bukan hamba.

Kalau bos pun tak boleh dipercaya
Pekerja lain pun, tak kurang.

Sama.

Udara Tahun Baru 2015

Jam 10.30 pagi.
Pagi 5 Februari.
Masih  dalam udara tahun baru.
Cuma, tiada apa yang baru tentang isi dunia.
Masih begitu.

Hati batu tetap keras daripada kayu
Jasad bergembira. Jiwa berkelana.
Disuap jasmani sekenyang-kenyangnya.
Rohani kontang tanpa baja.
Kau, aku dan mereka.
Masih dalam diri yang sama.

Mungkin sedikit lupa, dunia semakin tua.
Angka baru yang menganjak tua. Angka baru yang tidak menggalas makna dunia baru bermula.

Ya. Tua yang menunggu layu. Tua yang tak menunggu kita untuk bangun dari leka.

Kita,
masih berani membenih bara celaka
masih cuba menanti salju syurga.

Aku?
Hanya menjadi sekeping aku.
Berdiri kosong dan memandang drama dunia dari beberapa butir kelongsong
Kelongsong yang sama.

Selamat pagi