Sunday 16 March 2014

Bertiga

Pandang ke langit tua seraya berkata
"Oi bulan, kau fikir cuma bintang peneman kau di kelam malam?"

Aku ada.
Diam dan memerhati.
Kadang senyum
Kadang ketawa
Tapi lebih kerap menghela lara.

Kita sentiasa bertiga,
Bila tiba malam hari.
Yang panjangnya tak pernah infiniti.

Bisa

Hirisan sembilu di kulit mungkin lebih kurang bisanya
Berbanding torehan jiwa yang kau beri

Nampak tapi buat-buat tak melihat,
Rindu tapi menahan sendu,
Punya masa tapi sengaja dibiar saja.

Percuma.

Rela,

daripada mengisi segenap lompang detik yang ada untuk berdua.

Aku tetap begini.
Kental tak bersebab.
Menunggu dan terus menunggu.
Untuk tak hilang kau tanpa tugu.

Nikotin Jiwa

Nikotin cinta,
Racun jiwa
Bila sampai masa
Hilang nyawa
Pupus rasa
Yang tinggal cuma
Duka. 

Tapi, 
Sebelum luka meronyok kita
Bahagia sudah bertanda.


Thursday 13 March 2014

Ego Kamu

Ego.
Kadang bagus 
Kadang hancus.

Ego.
Ada positif
Ada negatif.

Ego.
Setinggi langit tak cecah bumi
Serendah bumi tak pandang langit.

Ego.
Bisanya merangsang air mata untuk jatuh ke kaki
Tawarya membentuk kerikil di hati.

Ego.
Kenapa perlu ada?

Aku hanya perlu cinta, bukan kamu
-Ego.

Pening

Bila aku fikir banyak perkara, kepala aku pusing.
Saraf otak pening.

Semua
Sebab 
Duit

Duit ni memang Dajjal tools betol!

Sunday 9 March 2014

Masa dan alasan kita

Kata kau,
Tunggu masa.

Kau tahu tak masa tak pernah tunggu kita?

Kata kau,
Cari masa.

Tapi kadang bila kau punya masa, kau buang saja-saja, kau tak rasa sia-sia?

-Banyak sangat beri alasan.
-Sampai masa memang tak ada masa, baru nak terasa, kan?

Lalui apa adanya boleh tak?
-Nak tunggu masa yang betul-betul sempurna, sampai kiamat pun tak akan dapat.
--Sempurna memang bukan sifat dunia.
---Hargai masa yang ada. Hargai.

Fikir Macam-Macam

Dalam kepala otak aku, sarat dengan persoalan. Penuh permasalahan. Selirat dengan perdebatan tak berpenonton.

Macam-macam aku fikir. Berjam-jam. Sampai kadang tak sedar waktu tak bergerak langsung untuk bagi laluan aku berfikir. Cuma, pada akhirnya, tak ada satu pun masalah-masalah negara yang aku fikir dalam pusingan demi pusingan jam lepas melekat kat nebula aku. Tak ada.

Macam-macam aku fikir, tahu?

Bila aku sedar, aku hanya membuang masa fikir yang macam-macam, aku buat keputusan untuk tak fikir apa-apa. Dan apabila aku tak fikir apa-apa, aku rasa sangat loser. Akhirnya, loser yang aku rasa buat aku kembali fikir bukan-bukan.

Macam-macam aku fikir, nampak?