Saturday 20 February 2016

Adab yang molek


Berdakwah pun ada adab.
Menegur PUN mestilah beradab.

Malaikat kat bahu-bahu catat dosa pahala PUN tak teragak-agak.

Seluar dalam sendiri PUN berlubang, lebih pandang kain dalam orang lain yang rabak?

Tak salah nasihat tapi jangan tunjuk sangat bengap.

Tak reti cara elok nak bercakap,
Just shut up.
Itu lebih molek.

Telinga


Lepas Subuh
dan bila setiap daripada kita mula nak sibuk dengan dunia,
Burung ikut sama, bising membebel.
Membingit di telinga.

Tuhan nak kita tahu,
Kita diberi pinjam telinga,
Dan masih elok diguna.

Alhamdulillah,
Syukur kan?

Berani


Berlari jauh dari haluan ramai,
Bukan bermakna kita sesat.

Sekadar membentuk diri dan mempasak pegangan.


Keyword is, BERANI.

Kerana Perasaan Itu......


Sayang dan rindu itu perasaan.
Perasaan dari jiwa.
Jiwa yang berperasaan.

Sebenarnya,
Tak perlukan apa-apa sebab untuk kedua-duanya.

Kerana Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

Kita cuma merasa mungkin sebesar kuman dari sifat-sifatNya. Mungkin lagi jauh kecilnya berbanding itu.

Raikan cinta dalam hati.
Sebaik-baiknya....

Jangan Angkuh


Kalau tak kerana semalam,
Kita bukan seperti hari ini.

Kalau tak kerana malam,
Kita mungkin tak bertemu pagi tadi.

Semua yang berlaku ada sebab dan asbab.

Bukan kerana,
hanya kita yang berpasak di kaki sendiri.

Buang sifat angkuh.
Jom?

Selagi....


Kecik hati orang tua,
Kecik segala-galanya tentang hidup kita.
Akhirat dan dunia.

Selagi boleh berjalan dengan dua belah kaki,
Selagi boleh suap makanan dengan tangan kanan dan tangan kiri,
Selagi boleh bercakap dan mendengar itu dan ini,

--tak mengapalah.

Jangan bila Tuhan tarik semua,
Masa tu baru nak cari keluarga dan orang tua,
Semula.

Berharapla masa tu,
Hati-hati yang terguris,
Masih lembut dan manis.

Nauzubillah.

Tandanan Pisang


Dalam setandan pisang,
Tak semua sempurna bentuknya.

Walaupun dari baka yang sama.
Tak terjamin sekata rupanya.

Tak apa.

Yang buruk biarkan memburuk,
Yang cantik pun tak kekal di tandan.
Isinya ditelan juga ke perut.
--terpulang, menjadi protein atau tahi.

Biar.

Nanti-nanti,
Bila dah tiba masa bentuk tandanan pisang sendiri,
Sendiri tahu rasa kecewa melihat tandan yang tak menjadi.


Orang Tua Orang Muda


Orang tua patut membimbing.
Bukan meletak segala salah dan tuding.

Orang tua patut menasihat,
Bukan menjatuhkan dan menyagat.

Bila mana orang tua,
Lupa untuk membimbing dan menasihat,

Dunia berputar tanpa medan dan pusat.

Kesian orang muda....
Hanyut tanpa nasihat.
Mati jiwa disagat.

Pendosa syurga


Biar apa orang nak kata.
Baik kita ambil.
Busuk kita baling.

Kita tak rugi apa-apa.

Kita cuma berharap,
jangan sampai ada yang merangkak 'di sana' merayu sebutir ampun dari kita.

Cukup-lah dengan cukup
Cuma kita sahaja menjadi sang pendosa.

Biar mereka terus menjadi si ahli syurga tanpa cela.

Suka dan duka


Bila mana berita gembira dan berita pilu mampir bersaing,

Pilu itu,
ku tarik di pelukan dulu.

Biar nanti.....
Wujud gembira yang lama.

Benci dalam sayang


Kita memang benci keburukan.
Tapi sampai  bila?

Bersederhana-lah dalam kebencian.
Kerna keburukan membentuk kesempurnaan yang tidak sempurna.

Diam bukan tanda benci dan ambil hati.
Diam itu untuk buat kau faham dan mengerti,
Kau kesayangan sampai mati dan tidak terhenti.

Mimpi Ke Bintang



Hitam dan putih itu,
Satu mimpi yang panjang.

Menunggu cerita untuk terus bercerita.
Tanpa ada pangkal dan penghujung.

Mimpikan-lah satu warna yang terang.
Biar destinasinya sampai ke bintang.

Drama Jemput-jemput Ikan


Hujan yang lebat siang tadi, lenyap dalam sunyi malam. Bersama sunyi hati yang seakan kosong, seketika.

Bicara hati tak pernah sunyi,

Yang sunyi cuma ruang. (Eceh...)


Kau tahu, butir-butir jiwa ini terkesan dari cerita drama bersiri  yang aku tengah layan sekarang ni.

Apa hal buat ending sedih nak mati ni? Omel aku dalam hati.

“Lah kau, apahal muka macam singgang?” sergah Latip dari belakang sambil meneguk air mineral yang sejuk segar dari peti sejuk di dapur.

“Singgang ikan ke singgang babi yang kau maksudkan? Dan jelaskan.” Jawab aku dengan mulut penuh dengan jemput-jemput ikan. 

Jemput-jemput ikan. Bukan jemput-jemput babi. Mata masih terpaku pada kaca televisyen. Mulut setia dengan jemput-jemput ikan. Dan hati sedang menahan rawan kesan daripada ending cerita yang memang buat aku seperti pondan. Latip bersama muka tak puas hati dengan mimik muka aku. Biar.

Latip ni kawan baik aku. Merangkap jiran bilik aku. Termasuk juga kategori sebagai housemate aku. Pendek kata, aku dan dia je tinggal dalam rumah sewa cekik darah ni. Berdua. Sweet bukan?

“Hahahaha. Sedih gila penghabisan drama Melayu sial masa  kini. Jiwang sungguh. Betul-betul buat jiwa rabak, saudara sekalian bumi.” Pujian melangit mencecah infiniti si Latip untuk drama tadi. Ye. Drama Melayu yang aku layan tadi.

“Dah nama pun drama Melayu. Kau puji tinggi-tinggi sangat kenapa? Ada hati nak up jadi pelakon romantik tangkap leleh? Aku siang-siang tutup televisyen kalau gitu.” Menyirap betul dara aku macam ni.

"...........?"

Darah, sebenarnya.

Menyampah jugak kadang dengan Latip ni. Bangsa sendiri pun dicarutkan. Aku ni, seorang punk lagi, tak ada pulak nak jatuhkan bangsa sendiri dengan kata-kata yang hina sebegitu.

Orang selalu pandang kaum kerabat punk adalah kaki buli, sampah, musuh sosial dan macam-macam lagilah nama timangan yang mencacatkan minda kanak-kanak ribena yang baru nak terbina pemikirannya.

Sedangkan masyarakat tak sedar, atau mungkin kurang sedar, ataupun sengaja tak sedar diri bila tutur kata dan sifat masyarakat normal yang mempunyai standard masing-masing, tak kurang celuparnya.

Bangsa Melayu memang dah jatuh. Tak perlu ditokok tambah cerita. Tak perlu dicarut. Tak perlu dimaki. Tak perlu bagi aku.

Dan aku, setia menjadi pondan yang terus  menyokong kuat drama-drama Melayu picisan. Walau apa sekalipun yang mendatang.

Hambik.