Monday 31 December 2012

2013






2012
dah tutup tirai
tamat kisah lalu di sini.

2013
mula buka pintu
dan cerita yang baru

Ramai yang gembira,
ada yang tak lupa syukur,
tapi kurangnya yang bersedih

kerana
kadang kita terlupa
setiap perkara punya pro dan kontranya,

Sedarlah!

zaman semakin tua ke hadapan

tua yang takkan menunggu


masa terus berlalu di belakang
tanpa menoleh ke depan.

Dan manusia,
semakin teguh menjadi pembenci keamanan
semakin keliru dengan keduniaan
yang perlahan hilang ketamadunan
bertambah kurang pedoman
menutup erti perimanusiaan.

Buta
Tuli

tak perlu pilih
dua-dua itu kita ada.

*hujan+bunga api=bunga air ----> lokasi: Pantai Timur.

Saturday 29 December 2012

Please...

You can't make everybody like you,

you don't even like everybody.... 


Read
Think
Get
Then stop.

*mata rabak

REZEKI

Pagi,
mau aku tak lentok
mata macam kena gam gajah
tiap kali pagi.

Pagi,
Itulah pembuka hari,
Itulah pembuka pintu rezeki
tapi,
pagi juga aku bermalas diri

Jadi,
aku cuba
sentiasa cuba
dan terus mencuba

Untuk gagah berdiri
di awal pagi
walau mata bak dipaku gari
DEMI membuka rezeki diri
di setiap pintu-pintu yang menanti.

*tido mulut nganga~


Thursday 27 December 2012

Percaya Hati

Kadang kita perasan
yang hati kita ada sunyinya
yang diri kita ada sepinya
yang jiwa kita ada kosongnya

Dunia ini
makin berubah, makin susah
Kerna itu,
kita sering tak mampu kejar
keperluan dan kemahuan sendiri.

Di setiap kali kita bangun
pasti ramai mata yang memandang
Cuma, pandangan itu jengkel
sekaligus mencatas keyakinan diri.

Buat apa diceritakan duka 
pada mata-mata yang hanya 
dengki pada bahagia kita? 

Perlu apa dikongsikan bahagia
jika tak seorang pun mengerti
hidup ini penuh luka?

Bila mana kita mahu bangkit 
tidak ada yang percaya
jadi, mau diikatkan di mana 
keyakinan untuk hati kita?

Dunia ini jahat.
Tidak ada manisnya
yang ada penuh durinya.
apapun kita, jangan diikut kata orang,
jangan gagal dek mereka yang menjengkelkan
diri, jiwa, hati.. ini kita yang punya.




Tuesday 25 December 2012

BANJIR....Bencana bukan Pesta


Roh aku dibangunkan dengan berita banjir yang teruk.
Di manakah??
Rumah aku. Kampung aku. Daerah aku.

Tapi topik utama adalah hampir keseluruhan Kemaman, Terengganu, banjir.
Ada kenalan kampung bagitau, "ini adalah 'penyucian' untuk tempat yang 'kotor' dari Allah S.W.T".. *Tunduk insaf

Ada kenalan FB bagitau, " Sudah tiba mase berpesta.." *Yahoo..!

Ada pula kenalan melalui SMS bagitau, " Bencana adalah satu ujian. Tabahlah.."
**
tunduk lagi sekali..


OK.   aku simpulkan, sekali dengan nasihat aku ikatkan::::

----> musim banjir ni simpanlah perasaan, keinginan atau nafsu yang menggelojoh nak  buat aktiviti scuba diving, snorkeling atau terjun kuak lentang dari atas air. Ini BENCANA..bukan PESTA.

Sekian.


Ini paling rare! kau hade?? haha





Hohoho. Seronok dan sakan serta berpesta korang yer!

*geleng-geleng

Monday 24 December 2012

Pemula liku hidup

Bangun pagi.
Mata rase bertempek gam satu botol.
Raba-raba towel tepi dinding..
bangkit sambil jalan huyung hayang.. itu owesome!

Dalam bilik air:
picit ubat gigi gaye macam pagi ni last gosok gigi...
duk bawah shower..bukak pili..
nah.~sambil gosok gigi, gosok satu badan dengan sabun. kasi cuci!

dah siap. badan wangi setaman. bau shampoo REJOICE.

*eh?

review ke atas. ade aku shampoo??
*pejam mate sambil tunduk

~~demmit.  aku sental badan dengan shampoo kekdahnye. sekian.

Ini kisah pemula liku hidup hari ni. aku. korang?