Sunday 9 November 2014

Hujan Koridor sunyi.

8 November 2014: 5.35 petang


Di koridor. Tepian koridor. Dalam hujan. Tapi aku di bawah teduhan bumbung batuan simen. Teduhan di koridor.

Musim langit menangis. Dan aku cuma berharap, tangisannya cepat-cepat habis.
Berharap juga, tangisannya biasa-biasa sahaja.

Menangis cukup sekadar meraikan rahmat. Tak perlu berlebihan hanya sekadar meratapi nasib sang bumi yang tua.

*Kepala mendongak ke depan. Hujan masih menari.

Alunan melodi tangis si langit, terasa melekat ke perdu hati
                                                             memalu sekeping jiwa,
                                                                 meluruh sebentuk rindu.

Rindu.

Lalu rindu yang gugur di kaki koridor, aku ambil dan letak di genggaman. Lama. Kejap.

Kemudian, aku angkat jemari yang memejap satu demi satu , perlahan.
Rindu masi terbentuk. Cantik....

Rindu aku memang tak pernah mati. Kekal terbentuk.

Thursday 23 October 2014

Setahun yang matang.

Setahun yang dulu,
Dia hadir
Menguntum senyum aku yang tika itu bisu.

Setahun yang dulu,
Dia itu mampir
Mengulum segala duka aku yang waktu itu lesu.

Setahun yang dulu
Dia ini pemula takdir
Memintal akar-pokok-bunga rasa indah supaya tak layu.

Itu dulu.

Dan sekarang ini..

Setahun yang tiba,
Saat matang dalam ikatan
Dia itu cuba-cuba
Membuang kebiasaan dulu.

Setahun yang tiba,
Tika matang dalam perhubungan.
Dia itu minta-minta
Menjadi sendiri katanya, sebelum wujud aku.

Ya.
Hasil setahun yang matang.
Mengguris dada
Merobek jiwa.

Hampir saja aku terburu-buru
Mahu saja aku melulu
Melampias kata-kata luka.

Mujur.
Iman masih terletak di antara titik-titik hitam hati
Yang akhirnya aku perlu mengerti
Keadaan tak semesti sama
Suasana tak selamanya selesa.

Ada cuacanya
Ada turun naiknya
Ada pusingan rodanya

Hidup memang klise sama dugaan
Dan aku akan selalu klisekan dengan alasan;
-bukan hidup kalau takda dugaan-

-------Maka, aku bermuhasabah. Berkhalwat dengan kesunyian untuk sedikit kejelasan.

Hai si Dia,
Peragut jiwa
Peneman raga

Jadilah apa saja--Cubalah apa ada--Mintalah apa daya--Ubahlah apa terbiasa.

Aku tetap ada
Takkan kemana.
Kita lari sama-sama dalam-- segala kejadian--semua cubaan--seluruh permintaan--sepenuh perubahan.

Nanti, bila sampai masa penat berlari,
kita berhenti
di mana-mana saja.
kita duduk sama-sama.
Ya?

Setahun yang matang.
Dan tahun yang mendatang,
Kita fikir apa yang menentang
Dan kita sama-sama, hadanghalang.

:)

Easier to be loser

Sometimes has been taken

from deep inside my heart

It is easier to run

and

replacing them with something numb.

*them* is my heart.
yeah.



Monday 13 October 2014

Mati Pasti

Jangan lupa.
Jangan leka
Jangan alpa
Jangan buta.

Pasti
Pasti
Pasti
 
dan

Pasti.

Mati itu pasti.

Takkan bisa terhindari.

Takkan bisa terlari

Bila saatnya menghampiri.

Petang 8 hari bulan 10 2014

Petang itu.
Meluap-luap perasaan tak tenteram.
Marah utamanya.
Serba tak kena  je.

Orang bagi kerja, aku tegang.
Orang pandang, aku bengang.
Orang senyum, aku lempang.

Apa hal?

Rindu kau la ni. Bingai betul tengkorak aku.

Hujan Jalanan

Berdiri di kaki lima
Hujan renyai-renyai;
Di tepi kaki, di kaki lima,
Ditemani puntung rokok yang lunyai.

Berdiri di kaki lima,
Hujan renyai-renyai tak sudah;
Para marhaen berkejar pulang seperti biasa,
Bersama putus-putus ludah ke rumah.

Berdiri di kaki lima,
Berteman hujan renyai-renyai yang lama.

Tuesday 26 August 2014

Mencari Rezeki

Rezeki ada di mana-mana.

Di mana-mana ada rezeki.

Cuma, apa rezeki datang bergolek sendiri?

Kalau boleh bergolek ke sana ke mari,
Mungkin kita dah tak perlu mencai rezeki.
Cukup saja tidur bangun makan dan goyang kaki.


Itulah, angan-angan dan mimpi-mimpi kita saban hari.



Saturday 23 August 2014

23.10.10.14

Berpenat siang
Berjaga malam

Itu memang kerja aku.
Jadi hari ni, tak ada apa-apa sangat.
Tak ada sangat.

Ada.

Tapi tak banyak.
Sebab ada sikit je.
Dan sikit tu, special.

Ya.


Selamat ketemu angka 10.  Moga kita bakal ketemu 10 yang seterusnya.


Under-Control

Semalam yang tenang
Digugat rasa tidak tenteram.

Semalam yang aman
Dikecam jiwa amukan.

Kadang manis
Kadang hitam.

Kadang putih
Kadang masam

Ketidakterkawalkan minda
terletak di jurang yang terlalu dalam.


Manusia dan Ragam

Fikir

Terussss

Fikir.

Sentiasa fikir.........................................

Penat tahu?

Lalu aku kantuk
lantas, tidur aku disudut buntu.

Manusia dan ragam

Takkan pernah sama dan ngam.


#karenahmanusia-manusiaditempatkerja

Bunga Ogos 2014

Ini cerita. Cerita Ogos yang lalu.
Cerita Pagi Ahad itu.

Bunga raya
Bunga ungu (sebab aku tak tahu nama dia apa)
Bunga putih (bunga cina mungkin. Entah)

Yang penting;

Merah
Ungu
Putih

Cinta
Rindu
Tulus




Terima Kasih Cinta. Kau gila. Tapi Kau molek dimata.

Kata kera betina khas buat kera jantan yang merenyam.


#inspirasiMimpi

Payah nak faham

Selisih faham
Adat.

Salah faham
Adat.

Fitrah dalam keberlangsungan hidup adalah adat persefahaman yang naik turunnya silih berganti

Sabar.
Tenang.
Buang.

Tapi, macam payah
Kan?

Cinta harta

Ada harta,
Ada cinta.

Kontang harta,
Kering cinta.

Cinta akhir zaman
Cinta bersempadan.

Kadang ada harapan
Kadang timbul tenggelam

Itu yang timbul tenggelam,
Let say, karam?

Kitaran Wang

Bukan nak kata sangat. Tapi kena kata.
Aku nak kata.

Gaji yang kita dapat tiap-tiap bulan, sebenarnya dari kitaran wang yang sama dalam sistem yang ada.

Saling bergantungan.
Takde satu, sangkut bro.

Jadi, kalau ada lagi mentaliti jenis 'tetap', 'tegas', dan 'yakin' untuk berkata "gaji aku, suka hati aku. kau gaji tak seberapa, duduk diam-diam" tu...

Yassin-kan dia.

----awak hidup sorang diri yer?

Susah bila hidup dalam 'sick society' ni.
Payah.

Nak jadi Tuhan je kerja sambilan dia.
Kau tak tahu Dia duk perati je. Bagi can kau berlagak jadi Dia.
Kau tak tahu tu.

Bos mintak kaki

Kita semua ada jenis bos yang mintak kaki.

Tapi kita cuma berangan nak kasi kaki

Tak bagi pun.

Hilang

Sejak akhir-akhir ni, aku  macam hilang punca.

Punca hujung dan pangkal hati

Merebelkan diri, katanya havoc.

Sedangkan,
buruk.

Gained Something Else

"For everything you have lost, you have gained something else"\

It is okay
If you can't be like others.

Jadi diri kita.
Pentingnya,
usaha
-daripada langsung tak kayuh apa-apa.

Kalau kita cuma mahu dipandang sama seperti mereka yang dianggap mulia tanpa cela,
Apa erti hidupnya kita?

Takkan diberi kita nyawa yang sia-sia.

Perbezaan juga proses hidup yang tetap indah untuk ihargai bersama, bukan?

Lets live and life!

Saturday 9 August 2014

Rindu ditikam kekabu

Gelak tak ingat dunia.
Ketawa tak ingat apa.
Lalu akal tak sempat merakam kata
Terkeluar kata durjana menikam rasa.

Nah. Rasa.

Rasa sahaja rindu dendam terkulai tak bernyawa
Sedang sebelumnya menggebu menjulang dada.

Pedih.

Bukan lagi rindu menikam kalbu
Rindu kini ditikam kekabu.

Gebunya ada,
Cuma di celahan kapasnya,
Tertanam kesatnya.



**Tragedimakankedaikuning-gelak2gelihati-perjalananpulangrumahterobekkatatertikamhati-lalumasing-masingmemendamrasa.Pendamtakpendam,rindutetapmendalam.maafkankitaduhaimanusia-kitacumainsanbiasa-kadangterlebihbicaraterlanjurkata.

Boikot

Hangat bara semangat
Melaung tegas pendokong laknat.
Boikot dengan peluh keringat.

Payung terik seruan
Bentang dingin sahutan
Boikot berteman kawanan

Lantang di depan
Tunduk di belakang
Apa ini cuma permainan?

Ilmu padu perlu dipandu
Juang tak berakal menadah malu
Lalu kawanan perang dipandang dungu

Boikot.
Bukan setakat mengekor bontot
Boikot
Mengangkat maruah dari dikolot..


Tuesday 5 August 2014

Orang atau diri

Penat
bila selalu fikir tentang orang.
-kena.

Penat otak.
Lelah rabak.

Kita,
Peduli orang buang diri.
Orang,
Tak peduli buat hal sendiri

Dimensi dilema diri yang tak pernah mati.
Macam babi yang tak tahu diri itu babi.
Begitu seakan dilema yang tak reti berhenti.

Ah.
Maaf, babi.
Kau cuma binatang

Dan aku sedang bicara tentang orang.

Tak patut aku binatangkan orang.
dan guna-guna kau sebagai teman amarah perasaan.


Jalan Bersimpang

Pagi buta punya cerita
Pagi buta punya bicara
Pagi buta punya rasa

               Tentang hidup yang timbul tenggelam

Malam semalam ada cerita
Malam semalam ada bicara
Malam semalam ada rasa

               Tentang jalan hidup yang bersimpang

Tidak ke ada jalan yang lurus ke depan?
Apa perlu jalan hidup yang lintang-pukang?
Haa. Mana nak cari jawapan?
                        Mana nak korek harapan?

              Tentang fikiran yang bergelimpang se-gampang.

Jemu.
Resah.
Payah.

Terlalu banyak simpang depan dan belakang.
Kiri kanan pun belum tentu sempat pandang.

Pergi jalan.

Sunday 18 May 2014

Dunia,Ibu dan Guru

Dunia,
Tempat lakaran hidup seorang aku.
Dan seorang aku,
Tak terwujud tanpa ibu.

Dunia,
Sempit tanpa ilmu.
Dan aku,
Tak kenal ilmu tanpa guru.

Ibu dan guru,
Jiwanya dua,
Matlmatnya satu

-mempasak ilmu pada jiwa-jiwa termasuk aku.

Supaya

-maju
--dan maju.

Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru

untuk
-setiap hari yang dipandu dan memandu

-setiap hari yang diburu dan memburu

Demi ilmu Tuhan yang Satu.

Terima kasih atas segala.

**Bait-bait picisan ini, dimiliki oleh seorang guru. Diberi oleh aku. Terima kasih sudi memberi ilmu.

Cakar Mencakar

Alkisah.

Di sini,
I sama I bercakar,
Sama-sama  hendak tunjuk pakar,
Saling cabar-mencabar.

Di luar,
I ditindas sang Y,
I sama I saling berfikir,
Sama-sama bangkit bertakbir

*sigh*

Udara di sini sudah terlalu kotor.
Terlalu.

Kadang,
Apabila aku pandang ke longkang,
Lebih nyaman daripada menikmati suasana yang semakin lintang-pukang.

I mati dalam cakar mencakar.

#PrayForTanarAir

Menung

Menung,
Sebatang rokok.
Layan....
Habis.

Menung
Sebatang rokok lagi.
Layan...........
Habis.

Menung lagi?

Dan entah berapa batang rokok lagi meneman menung.

-memang perokok tegar ye, awak?

Saturday 19 April 2014

Hukum Hudud

Hukum Hudud

Hukum Hudud

Hukum Hudud

Kita hamba,
Dia Pencipta.

Apa kuasa kita untuk menidakkan kesempurnaan-Nya?

--tak ada.

Cukup-cukuplah,
Henti-hentikanlah
Asah bakat pura-pura.

Kita semua tahu,
Asal datangnya kita.

-lampu trafik merah pun tak sanggup redah jalan
--hukum Dia, ada hati nak lenjan?

Sunday 16 March 2014

Bertiga

Pandang ke langit tua seraya berkata
"Oi bulan, kau fikir cuma bintang peneman kau di kelam malam?"

Aku ada.
Diam dan memerhati.
Kadang senyum
Kadang ketawa
Tapi lebih kerap menghela lara.

Kita sentiasa bertiga,
Bila tiba malam hari.
Yang panjangnya tak pernah infiniti.

Bisa

Hirisan sembilu di kulit mungkin lebih kurang bisanya
Berbanding torehan jiwa yang kau beri

Nampak tapi buat-buat tak melihat,
Rindu tapi menahan sendu,
Punya masa tapi sengaja dibiar saja.

Percuma.

Rela,

daripada mengisi segenap lompang detik yang ada untuk berdua.

Aku tetap begini.
Kental tak bersebab.
Menunggu dan terus menunggu.
Untuk tak hilang kau tanpa tugu.

Nikotin Jiwa

Nikotin cinta,
Racun jiwa
Bila sampai masa
Hilang nyawa
Pupus rasa
Yang tinggal cuma
Duka. 

Tapi, 
Sebelum luka meronyok kita
Bahagia sudah bertanda.


Thursday 13 March 2014

Ego Kamu

Ego.
Kadang bagus 
Kadang hancus.

Ego.
Ada positif
Ada negatif.

Ego.
Setinggi langit tak cecah bumi
Serendah bumi tak pandang langit.

Ego.
Bisanya merangsang air mata untuk jatuh ke kaki
Tawarya membentuk kerikil di hati.

Ego.
Kenapa perlu ada?

Aku hanya perlu cinta, bukan kamu
-Ego.

Pening

Bila aku fikir banyak perkara, kepala aku pusing.
Saraf otak pening.

Semua
Sebab 
Duit

Duit ni memang Dajjal tools betol!

Sunday 9 March 2014

Masa dan alasan kita

Kata kau,
Tunggu masa.

Kau tahu tak masa tak pernah tunggu kita?

Kata kau,
Cari masa.

Tapi kadang bila kau punya masa, kau buang saja-saja, kau tak rasa sia-sia?

-Banyak sangat beri alasan.
-Sampai masa memang tak ada masa, baru nak terasa, kan?

Lalui apa adanya boleh tak?
-Nak tunggu masa yang betul-betul sempurna, sampai kiamat pun tak akan dapat.
--Sempurna memang bukan sifat dunia.
---Hargai masa yang ada. Hargai.

Fikir Macam-Macam

Dalam kepala otak aku, sarat dengan persoalan. Penuh permasalahan. Selirat dengan perdebatan tak berpenonton.

Macam-macam aku fikir. Berjam-jam. Sampai kadang tak sedar waktu tak bergerak langsung untuk bagi laluan aku berfikir. Cuma, pada akhirnya, tak ada satu pun masalah-masalah negara yang aku fikir dalam pusingan demi pusingan jam lepas melekat kat nebula aku. Tak ada.

Macam-macam aku fikir, tahu?

Bila aku sedar, aku hanya membuang masa fikir yang macam-macam, aku buat keputusan untuk tak fikir apa-apa. Dan apabila aku tak fikir apa-apa, aku rasa sangat loser. Akhirnya, loser yang aku rasa buat aku kembali fikir bukan-bukan.

Macam-macam aku fikir, nampak?


Monday 24 February 2014

Gagal Bangkit dan Usaha Lebih Memalukan dari Gagal Berkerjaya.

Petikan daripada penulisan Mohd Jayzuan dalam Projek Buku:

"Lelaki sejati (wanita juga) tak takutkan kegagalan. Kita tendang pungkoq kegagalan, give them hard times. Jangan jatuh terduduk tak bangun-bangun sebab kegagalan. Tak ada salahnya dengan terjatuh dan gagal, tapi kena bangun balik. Bangun dan jalan menuju ke depan, lagi bagus kalau mampu berlari. Jangan takut untuk gagal dan bersedih. Tapi kalau takut untuk mencuba, that's fukked up and fukking embarrassing. Jangan jadi chicken shit, but jadi the fukking shit!




Bak kata tagline cerita KAMI :

 "Hidup memang palat, tapi esok masih ada"

Daripada aku, kayuh pelan-pelan walaupun basikal tu tua dan tak bertongkat. Kalau kau benti kayuh, kau akan terus jatuh.Better perlahan dari langsung tak bergerak.

Thursday 20 February 2014

Budak Gila 1

Lokasi: Tepi Longkang Tepi Jalan

Bapak bangkai bau longkang. Tapi awek berkasut Chuck Taylor tu tetap sedut bau haprak longkang dengan tabah. Semata menunggu tentang sesuatu yang dia sendiri keliru. Apa kena dengan dia sebenarnya? Oh, awek berkasut Chuck Taylor tu, namanya Saripah.

Rindu. Cinta. Gila. Tentang tiga rasa yang kebanyakan manusia tewas.

Sementara tunggu jarum jam ke digit 5, Saripah hanya mampu sekadar menunggu si dia di luar tempat kerja dia. Saripah sendiri pun tak tahu pukul berapa si dia akan keluar dari dunia kerja untuk hari tu. Dan tanpa rasa bebal dengan bau longkang tempat Saripah parking, dia hanya mahu tunggu. Entah apa-apa je.

Semalam, dia kata -jumpa tak jumpa, lusa-. Maknanya, kalau bukan hari ni, esok. Lusa yang semalam,  untuk hari ini adalah esok. Parah oi. Lama. Terlalu lama bagi Saripah. Bangang jugak rasa rindu ni. Macam hamdah pun ada. Pui!

Ludah tetap ludah, jilat pun Saripah jilat jugak. Kalau tak dia yang jilat, siapa lagi nak jilat ludah diri sendiri.
Rasa palat rindu ni, beratus kali ludah dan jilat pun takkan pernah hilang. Tak bagi ruang untuk difahami langsung. Makin palat pun ada kalau asyik ludah, jilat, ludah, jilat, ludah dan jilat. Ah!

Saripah sabar menunggu. Tunggu lagi. Jarum jam pun belum sampai destinasinya. Berbaki lagi setengah jam. Pukul berapa agaknya dia keluar dari kotak kerja dia? Saripah soal sendiri. Jawapan memang takda.

Dalam tak tahu tu, Saripah terus-terusan menunggu. Sumpah nampak sangat Saripah tak tahu yang dia mampu segila itu. Buang masa tahu?

Tapi, ada pulak masa tahu dia dibuang macam tu je. Dia cuma tahu bergerak ke depan dan terus berlalu. Tak pernah dia nak menoleh kita yang masih lepak rilek di belakang.  Sekarang, Saripah tetap sabar menunggu jam 5 yang seakan lambat nak tiba. Bila nak pukul 5 ni oi?! Supaya Saripah boleh cepat blah dari situ. Entah kuasa ajaib mana yang boleh paku kaki Saripah kat tepi longkang yang berbau haprak bangkai tu.

'Aku rindu kau, tahu? Aku boleh buang masa sepanjang hidup aku untuk rindu kau.' Saripah layan jiwa sendiri.

Rabak sangat nampak rindu dia ni. Tapi kau tahu tak Saripah, kau tak patut macam tu? Aku punya bahagian pulak. Dia kerja, kau tunggu dia entah pukul berapa nak keluar. Apakah kegilaan ini, Saripah? Apakah?

'Sebab aku tak pernah berhenti  fikir kau walau aku sedang sibuk menghambat rindu jauh dari hati'
Saripah punya ekspresi jiwa seakan begitu. Begitulah. Begitu.

Berbaki lagi 15 minit. Bayang dia pun Saripah belum nampak. Sibuk sangat hari ni tu.Ye, Saripah nekad akan habiskan 15 minit yang terakhir di tepian longkang yang baunya semakin sundal mencucuk hidung tu sama ada dia muncul atau tidak.

Sedih aku tengok dia sebenarnya. Aku tahu dia sedih dengan diri sendiri yang macam tak tentu hala tu. Penangan cinta gamaknya. Selang beberapa minit, tiba-tiba Saripah kick enjin moto dan blah.Tak sempat habiskan 15 minit terakhir yang dia banggakan tadi. Kau kenapa Saripah? Kau kenapa?

Lalu tak semena-mena, Saripah pandang aku.
'Sebab dalam masa baki 15 minit, aku baru sedar, yang aku buat benda bodoh ni. Cinta ini gila, tahu?' Tajam kerlingan Saripah hadiahkan kepada aku. Kelip-kelip mata je yang aku mampu.

Siapalah aku, cuma salah seekor ribuan berudu di dalam longkang yang berbau bapak bangkai ini.


"Wahai cinta hati Saripah, moga kau baik-baik saja. Saripah rindu kau la gila!" Aku bengang sendiri.





Monday 27 January 2014

Kelu Aku

Kadang,
Kita kelu dengan kata-kata sendiri.

Sebab,
Apa yang kita rasa tak sama.
Bukan kerana tak penting dan kurang percaya.
Cuma,
Diri sendiri pun tak tahu rasa apa yang melanda.

Dan aku,
Kadang yang aku mahu,
ada jiwa yang sekadar ada
tanpa berkata apa
namun memahami
dan tetap di sini
hingga akhir waktu nanti.

Saturday 25 January 2014

Hoi di sana!

Hai di sana
Aku di sini

Di sana
Di sini nak beritahu di sana

-Duit bukan segalanya
-Segalanya bukan duit semata

Di sana
Di sini nak tegaskan di sana

-Duit tak mampu beli jiwa
-Apatah lagi tawan dunia
--sebab dunia bukan milik di sana,
---tapi Dia Yang Esa.